Ucapan Majlis Tertinggi Kelab PPK Mekatronik

Ucapan Yang DiPertua






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1Malaysia. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Blog Rasmi PPK Mekatronik Berjaya dilancarkan hari ini.
Blog Rasmi PPK Mekatronik ini bukan sahaja berfungsi sebagai penyebar dan pembekal maklumat, malah laman blog ini juga membuka ruang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pendapat dan kritikan bagi membolehkan kebajikan dan pendapat mahasiswa sentiasa diutamakan dalam setiap gerak kerja Kelab PPK Mekatronik.
                Walaupun para siswa/i PPK Mekatronik tidak kesemuanya ditempatkan di kolej kediaman yang sama, namun saya tidak pernah menganggap itu sebagai alasan bagi barisan pimpinan Kelab PPK Mekatronik untuk tidak menjaga kebajikan para siswa/i dan juga dalam menyampaikan maklumat semasa. Selain menggunakan blog, Kelab PPK Mekatronik telah membawa konsep baru dalam menyampaikan maklumat mutakhir dan isu-isu semasa dengan memperkenalkan tabloid mingguan “KaBiKi News”.
                Saya yakin laman blog ini mampu mengorak langkah baru di dalam menaikkan nama baik PPK Mekatronik bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa UniMAP, malah di seluruh Malaysia dan tidak mustahil untuk dibawa ke mata dunia.
                Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan pimpinan, individu dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan visi dan misi PPK Mekatronik, “Kebajikan Terjaga, Mahasiswa Berjaya”.

Wassalam.
 
(MUHAMMAD DZULHAXIF BIN MUHAMMAD NASIR)
Yang DiPertua,
Kelab PPK Mekatronik sesi 2010|2011,
Universiti Malaysia Perlis.





Ucapan Naib-Naib Yang DiPertua 



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1Malaysia. Diharapkan dengan kemunculan blog rasmi PPK Mekatronik ini, anda sebagai mahasiswa PPK Mekatronik dapat memberi sebanyak yang boleh pandangan, pendapat serta kritikan membina agar kami dapat memenuhi kehendak anda dalam menjalankan setiap aktiviti. Segala idea-idea yang disalurkan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Permintaan anda akan kami utamakan di dalam setiap gerak kerja kami. insyaAllah. “Kebajikan Terjaga, Mahasiswa Berjaya”

Wassalam.

Yang menjalankan tugas, 







Naib Yang DiPertua 1
MUHAMMAD AMARUL FAUZAN B ILIAS







Naib Yang DiPertua 2
HUMAIRAK BT MUHAMMAD YUSOF






 




Naib Yang DiPertua 3
FAIRUZ KARTINI BT MOHD SEPAWI












These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati